Khamis, 27 Julai 2017

Bersukan dan faedahnya

                                           FAEDAH BERSUKAN                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
           
          Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
            Seterusnya, melalui bersukan kita 
dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti 
mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
            Di samping itu, dengan bersukan kita 
dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas
                                                                                                                                                                                                                                                                                              FAEDAH-FAEDAH BESUKAN KEPADA MASYARAKAT

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?

            Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan  juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

            Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah  dengan yakin ke peringkat antatabangsa  walaupun melalui ranjau pidana  dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

            Di samping itu, sukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat  manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

            Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju  anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai  kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain.  Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat. 

sejarah

Sejarah


Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.





Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

Basikal Moden yang dimajukan

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:

* mainan kanak-kanak
* rekreasi dan kesihatan dewasa
* pengangkutan harian
* sukan lumba basikal
* pelancongan basikal
* bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah. 

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.


Spring Penyerap Hentakan atau ABSORBERS

Spring penyerap hentakan depan/absorbers/fork moden

Spring penyerap hentakan/Absorbers tengah/belakang


Basikal moden kini telah dilengkapi dengan spring penyerap hentakan bagi memberi keselesaan kepada penunggang basikal dan memudahkan penunggang basikal melalui jalan yang berliku atau berlubang apabila melakukan aktiviti lasak. Spring penyerap hentakan dipasang dibahagian depan dan belakang, dimana fork dibahagian depan dilengkapi/diubahsuai dengan spring penyerap hentakan serta dibahagian tengah/belakang rangka basikal dipasang dengan spring hentakan yang boleh dilaraskan,iaitu pada tahap tegang atau lembut. Ada juga basikal yang hanya dipasangkan spring penyerap hentakan dibahagian depan sahaja.
-Neo Cycle Enterprise


Contoh basikal yg telah siapa dipasang absorbers






GEAR BASIKAL

Sesebuah basikal juga memerlukan satu sistem transmisi bagi memindahkan kuasa daripada punca kuasa (kaki manusia) kepada roda, sebagaimana kenderaan lain seperti kereta, motosikal, lori dan bas. Sistem gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal moden, bermula daripada terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19.

Sepintas lalu

Sebelum terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19, basikal penny-farthing dengan roda hadapan yang besar menjadi popular. Tangkai engkol kaki basikal berkenaan terletak terus di bahagian roda hadapan dan saiz roda hadapan menjadi penentu utama kelajuan maksimum basikal berkenaan.
Sungguhpun demikian, saiz roda yang terlalu besar menjadikan basikal sedemikian agak berbahaya serta sukar ditunggang oleh penunggang yang bertubuh kerdil. Oleh demikian, basikal keselamatan dicipta pada tahun 1885 dan basikal tersebut adalah basikal pertama yang menggunakan pacuan rantai dan gegancu. Sejak itu, basikal keselamatan mula menjadi piawaian kepada reka bentuk basikal moden.
Ramai orang menganggap gegancu basikal sebagai “gear” walaupun istilah sedemikian sebenarnya kurang tepat, oleh yang demikian nisbah gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal. Namun demikian, tidak semua basikal yang menggunakan pacuan rantai; terdapat juga basikal yang menggunakan pacuan aci dan gear.

JENIS TRANSMISI


1. Gegancu tetap



Basikal BMX serta basikal lumba bergegancu tetap hanya mempunyai satu nisbah gear sahaja, iaitu pacuan lebih (kurang gerakan kaki diperlukan untuk kelajuan yang lebih tinggi). Dengan itu, penunggang dapat menunggang dengan pantas di jalan raya yang rata serta apabila menuruni bukit dengan hanya memerlukan daya kilasan yang sama seperti daya yang diperlukan oleh pejalan kaki biasa. Namun demikian, penunggang akan menghadapi kesukaran untuk mendaki bukit memandangkan daya kilasan yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada daya yang diperlukan oleh seorang pejalan kaki biasa. Oleh itu, sistem gear basikal boleh ubah direka bagi semua keadaan jalan.


2. Gear penggelungsur




Kebanyakan basikal lumba serta basikal mendaki bukit menggunakan gear penggelungsur untuk membolehkan basikal digunakan di semua keadaan jalan sama ada rata, mendaki bukit atau menuruni bukit. Terdapat dua set gegancu berlainan saiz bagi menyediakan nisbah gear yang berbeza dan dikendalikan oleh dua set tuas tangan. Penggelungsur akan menggerakkan rantai sehingga tergelincir ke gegancu pilihan. Penegang rantai turut digunakan dalam sistem ini bagi membolehkan penukaran gear tetapi dalam masa yang sama memastikan tegangan rantai yang betul.


3. Gear hab



Gear hab menggunakan satu set gear planetari kecil yang serupa seperti yang digunakan dalam transmisi automatik bagi menyediakan beberapa nisbah gear yang sesuai, teletak pada satu hab kecil pada roda belakang. 

ALOR SETAR: TEMPAT MAKAN PLAK DAH~

ALOR SETAR: TEMPAT MAKAN PLAK DAH~

Ok ok..
Sekarang jom kita tengok tempat
makan around Alor Setar.
Banyak tempat yang best ada.
Tapi aku cuma nak update 
tempat yang aku & family selalu pi 
atau biasa pi saja.
Best bagi aku tak tau la
bagi orang lain macam mana.
Selera masing-masing kan.

Ok lets start our day with 
BREAKFAST!!

Ok breakfast kat Kedah ni
kami makan nasi.
Kalo aku & family camtu la.
Kadang-kadang brunch ja terus.

Ok ni ada a few suggestion 
tempat yang hampa bleh pi try.
Sori gambar tak berapa elok
amek sambil lalu ja.
Ada yang amek dalam keta
& ada kedai yang dah tutup
Sebab dah lepas waktu breakfast.
Hahahaha

1. ROTI JALA STADIUM


Ok, ni memang favourite aku
dari kecik sampai la besar.
Roti jala dia besar,
and garing sikit.

Sebenaqnya dulu lagi sedap
dari sekarang ni..
Tapi masih lagi jadi kedai faveret aku.
Kedai ni dekat Stadium Darul Aman.
Sila la pi try no...
Harga dia RM2.50 sekeping.
Ada kuah gulai ayam & daging.
Ada jugak kuah durian

Ada macam-macam makanan lagi kat sini.
Lontong, pulut ikan masin,
nasi lemak & roti arab pun ada.

P/S: sebelah dia pun juai makanan
yang sama. 
Sama sedap jugak.
Huhuhu

2. RESTORAN IMPIAN INDAH,
SHAHAB PERDANA


Restoran ni lagi banyak pilihan makanan dia.
Ada nasi lemak, roti jala, roti canai,
goreng2, moi londoy & western.

Sini roti jala dia pun sedap.
Besaq dan kuah dia pun sedap.
Ayam pun besaq dia bagi.
Puaih makan. Harga sama ja.

Makanan lain pun sedap-sedap.
Western style breakfast pun ada.
Tapi yang bestnya.
Pagi2 kat sini dah boleh order
nasi goreng dan macam2 lagi makanan 
goreng-goreng.

Harga dia memang berpatutan.
Jangan risau, tak mahai. :D

3. KOPITIAM @ UKIR MALL


Kat Kopitiam ni lagi la macam-macam
pilihan makanan dia.
Dari cucoq-cucoq sampai la ke nasi
semua ada.

Aku punya favourite kat sini adalah
cekodok dia. Panas-panas.
Dia goreng kat situ jugak.
Sekali angkat, habeh.
Sekali angkat, habeh.
Haha camtu la punya best.
Kopok leko pun ada & kuih2 lain.

Kat sini jugak ada kedai nasi lemak
memang aku suka nasi lemak dia.
Tapi kalo mai lambat,
yang ada cuma makanan tengah hari saja.
Nasi lemak dia laku.


Kalo yang minat sizzling pun ada.
Roti jala, roti arab & roti canai.
Breakfast western style pun ada.
Goreng-goreng, pulut.
Macam-macam lah.
Nama pun kopitiam kannnnn~
Mai try na jangan malu2.
Hahaha

4. WAKAF PUNCAK ALAM,
SEBELAH PETRON DEKAT MASJID AMAN


Wakaf Puncak Alam ni terletak
bersebelahan Petron Lebuhraya
Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Dekat dengan kawasan Masjid Aman.

Ni feveret port aku and family
setiap kali nak pi merantau jauh-jauh.
Sebab kalo straight lagi akan
sampai tol Alor Setar Selatan.

Sini yang sedap bagi aku roti canai dia.
Kalo ikut tekak aku la.
Roti kuah banjir.
Ha tu feveret aku la..
Menu lain yang ada kat sini
adalah nasi lemak..

Adik-adik aku suka la nasi lemak dia.
Ayam goreng dia sedap depa kata.
Sapa yang rasa-rasa nak explore
tempat makan Alor Setaq tu
bleh la mai try sini....

5. NASI TOMATO MAJEED,
JALAN TENGAH



Restoran ni kira macam nasi kandar
punya restoran la.
Dia memang bukak pagi saja.

Dekat dengan Fuller Hotel tak salah aku.
Kena cari-cari sikit..
Dari Jambatan tepi AEON Big
menuju ke Sekolah Wan Sulaiman Sidiq.
Turun ja jambatan tu, 
sebelum sampai sekolah ada trafic light.
Masuk kanan.. 

Depan kedai ni ada car wash 
and bangunan oren ni..


Sapa yang teringin nasi mamak pagi-pagi
sila la mai sini makan nasi dia.
Sedap bagi tekak aku & family la.
Huhuhu

Kalo mai sini uncle tu mesti tanya,
"Papa tak mai ka?"
Sampai orang kenai dah.
Hahahaha

6. KEDAI GULAI PANAS ORI,
KUALA KEDAH



Sini gulai dia memang sedap.
Ikan temenung besar2.
Tapi kat sini cuma ada ikan temenung 
ulam-ulaman & teloq saja.

Selalu bapak aku akan pi beli udang
& sotong dari jeti pastu bagi depa masak.
Depa akan amek upah masak.
Selalu yang simple2 boleh la.
Like, goreng2 camtu ja...

Dari jeti ni la.. Huhu
Tak tau nama pa.
 Ikan baru naik memang fresh2.
Dari Muzium Kota Kuala Kedah straight ja 
ke kanan mesti jumpa kedai ni.
Tersembunyi celah titi & pasar pagi.
Huhuhu

Ok ada banyak lagi tempat
yang ada makanan best-best 
untuk breakfast di Aloq Staq ni.

Antaranya:-
Nasi Lan, Peruda

Ni antara restoran 
breakfast yang selalu jugak
disebut-sebut oleh family
& kawan-kawan aku.

Ok lah~
Sekarang, jom ke
LUNCH!!

1. RESTORAN RN TEGUH/
RESTORAN MAK WAN


Ni sepupu mak aku punya kedai.
Promote la sikit.
Terletak berdepan dengan 
Sekolah Maktab Mahmud.
Sebelah dengan stesen minyak Shell.

Memang feveret kami sekeluarga.
Kalau mai sini aku suka amek
gulai rebung & daging dia.
Pak aku suka gulai ikan panas-panas dia.
Antara lauk lain yang ada 
termasukla ayam kampung goreng.
Bagi tekak aku memang sedap.
Kalo mai awal ada banyak jenis lauk lain.
Contohnya macam-macam jenis kerabu.

Kalo mai lambat, kadang2 pukui 2 pun
lauk dah tak banyak dah.
Kena awai la.
Kui 11 or 12 camtu bukak dah kot.

And kat tepi dia ada juai cucoq2
macam coq pisang, coq ubi
and keropok lekor.

2. DAPUR BONDA,
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH


Dapur Bonda ni terletak di 
Lebuhraya Sultanah Bahiyah.
Belakang Bank Islam & Istafa.

Dekat sini lauk tengah hari dia 
macam-macam jenih.
Yang best ayam bakaq dia.
Aku suka la.
Lauk lain pun banyak lagi.

Gulai ikan dia pun terbaik.
Masa aku kerja dekat-dekat kawasan ni.
Aku suka beli gulai ikan tu cicah dgn roti.
Memang sedap.

Yang special nya.
Setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat
depa ada nasi special.
Isnin ada nasi Briyani.
Rabu ada nasi Daging.
Jumaat ada nasi Tomato.

Aku selalu beli nasi daging & tomato.
Memang sedap bagi aku.
Nasi pun banyak.
Rasa macam masakan mak mak 
untuk special event gitu~
U know, macam sekali sekala
adik-beradik yang duduk jauh
balik bercuti, mak kita akan
masak sedap-sedap kan.
Macam tu la rasa dia. 
Hahaha

3. DEE PUMPONG NASI KAMPUNG,
PUMPONG


Masa aku mai ni tutup la pulak.
Tak sure la dia memang tutup hari Ahad ka apa.
Kat sini lauk dia, dari pintu depan,
membawak la ke pintu belakang.
Hahaha bederet.

Boleh dikatakan tempat feveret jugak.
Tapi bagi aku agak mahai
kalo nak compare dengan kedai lain.

Maybe sebab portion dia yang seakan2 
kedai mamak tu kot.
Tapi memang syok makan sini.
Kita boleh makan mengadap sungai.

4. RESTORAN SELERA POKOK PISANG,
JALAN SUKA MENANTI



Yang ni untuk penggemar gulai.
dan ikan-ikan bakaq.
Mai la makan sini.
Kena la plak dengan kawasan bendang.
Memang rhalit 
(alpa.. terbuai-buai perasaan tu)
hahahaha xtau nak explain.

Syok ooo dok melangut kat sini
kena dengan angin bendang.
Tapi tu aaa orang ramai.
Kalo aku balik court singgah gak sini.

Sapa lalu kawasan ni sila la singgah.
Memang best. 
Esp lauk2 kampung dia.


5. GULAI 7 KAWAH,
GUNUNG KERIANG.


Dari court Jalan Suka Menanti,
teruih ja sampai jumpa traffic light,
amek kiri menghala ke Gunung Keriang.

Kedai dia sebelah kanan.
Kat sini special dia adalah
gulai 7 kawah dia.
Ada itik, kambing, ayam kampung,
rebung mcm2 lagi la.

Lauk ikan dia pun fresh2.
Yang paling bes adalah 
ayam tempayan dia.
Kalo aku beli aku share 2 org.
Sebab ayam dia portion besar.
Cam kat kedai mamak tu.

Yang ni pun tepi bendang.
Sambil makan bleh la
menikmati angin bendang.

6. SELERA JELAPANG,
SHAHAB PERDANA


Selera Jelapang ni terletak di
Shahab Perdana.
Bersebelahan dengan kedai Impian Indah tadi.

Kat sini bagi aku lauk tak banyak sangat.
tapi special dia kat sini
adalah masak lemak ikan patin dia.
Tapi bukan dia buat hari2.
Antara lauk lain yang aku suka is cendawan. 
kadang2 dia buat masak lemak,
kadang2 dia buat celup tepung.
Harga pun ok. Tak mahai sangat.
Sapa yang ada selera cam aku 
yang suka cendawan tu bleh la mai cni.

7. RESTORAN AQLA,
KUALA SUNGAI


Haaaa Jumaat tutup la pulak.
Tapi sini lauk yang aku suka
of course la GULAI KAWAH dia.
 Kalo aku amek menimbun daging.
Hahaha

Harga memang berpatutan.
Adik aku cakap biasa2 ja.
Maybe sebab aku suka gulai kawah kot.
Huhuhu tapi sapa nak merasa bleh la mai try.
Kedai dia terletak on the way nak pi
ke Kuala Sungai, dia tepi jalan ja.


8. RESTORAN BAWAL GORENG PANAS-PANAS,
JALAN PUTRA



Kedai ni terletak bersebelah dengan 
Klinik Kesihatan kat Mergong nu.
Kat sini macam dia cakap la.
Ada ikan bawal goreng panas-panas.
Aku pernah mai skali ja.
Tu pun sebab ada ikan keli bakar.
Lauk lain aku tak tengok sangat.
Hahaha
Tapi dengar cerita ni memang
hotspot jugak bagi orang yang mencari
lauk pauk yang best.

Ok tu sikit sebanyak mengenai lunch.
Banyak sebenaqnya kedai makan
tengahari di Aloq Staq ni.
Semua yang aku letak ni
adalah makanan yang affordable la.
Yang tepi jalan tapi ada klass.
Haha

Ada a few tempat lagi yang bleh di try:

1. Kawasan stadium Darul Aman.
Banyak kedai nasi campur di sini.

2. Kawasan Perumahan Awam Mergong.
Ada 4,5 buah kedai yang juai nasi campur.
Pilihan budak2 Kolej Insaniah.
Sebab dekat dengan depa and makanan murah2.

3. Depan Sime Tyres Mergong, 
berdepan dengan Bank Rakyat. 
Ayam tempayan dia
memang marvelles.

4. Dekat Taman Rakyat Mergong,
Restoran Nasi Kandar Taman Rakyat.
Nasi special dengan ayam goreng rempah.
Macam nasi mamak jugak kiranya.
Terletak berdepan dengan 
tangki air Taman Rakyat Mergong.

5. Khaty Idrus, gulai itik.
Terletak di Jalan Gangsa.
Bersebelahan Chin Hin Motor.
Sedap gulai itik dia.
Ada jugak bakar2, mcm kambing,
daging, ayam yang boleh dimakan
dengan sos black pepper.

6. Restoran Tepi Sungai,
Berdekatan dengan Pusat Kesihatan Alor Setar.
Lauk macam-macam jenis.
Tapi aku tak pernah pi.
Kalo adik aku kata best. 
Memang best la maksudnya.
Tekak masing-masing kan.

7. Untuk penggemar nasi ayam,
ada Nasi Ayam Mail di Koteow Iman
& Nasi Ayam Tat bedepan dengan
Koteow Iman ni. 

Ok now lets move on to
DINNER!!
kebanyakkan kedai nasi dsini adalah 
kedai nasi kandar/nasi mamak.
Memang banyak disekitar Aloq Staq ni.
Tapi ada jugak yang jual nasi campoq.
Kena cari lah sikit.

Camna pon jom kita tengok
Kedai apa ada kat Aloq Staq ni.

1. NASI KANDAR YASMEEN


Uuuuuuuu dah tukaq signboard.
Dlu kaler biru. La ni hitam hijau.
Lebih smart. 
Tapi orang beratoq camtu jugak.

 Restoran Yasmeen ni restoren nasi kandar.
Yang ni pun memang dari kecik aku suka. 
Orang Aloq Staq kalau jadi anak rantau
mesti rindu nasi yasmeen ni.
Hahahaha

Kalo orang lain tak rindu pun, 
adik-adik aku selalu rindu.
Asal balik nak Yasmeen~
Masa dulu aku suka ayam masak kurma dia.
Bapak aku selalu panggil "ayam putih".
Sebab dia tak macam kurma pun 
sebab ada rasa gulai dia.
Maybe sebab "kuah campoq" kot..

Ayam goreng dia pun sedap.
Kalo aku, aku akan makan "ayam putih"
and kuah "ayam putih" tu ja.
Kalo adik aku dia suka ayam goreng dia
dengan kuah campoq pedas.
Uihhhhhh~ 
Memang bes!

Adik ipaw aku yang baru 1st time rasa
tu pun dah angau.
Asik mintak suh aku delivery ke Shah Alam ja.
Hahahaha

Kedai ni terletak dekat dengan kawasan
Pusat Kesihatan Alor Setar.
Bersebelahan Restoran Tepi Sungai
dan Restoran Ahmediah (Pokok Ceri).

Pusat Kesihatan/ Hospital Lama
sambil lalu...

2. KOEYTEOW IMAN


I know TAK ramai orang luaq mai sini
akan stuju dengan statement kami ni.
Tapi sepanjang kami dok Aloq Staq ni.
Ni la koteow kerang yang sedap.
Yang pertama kali kami rasa sedap.

La memang dah banyak kedai 
juai koeyteow sedap.
Besepah. 
BUT this is the 1st.
TO ME LAAAA~~~!

Dari sekecik kecik kedai,
Sampai la lani. Ada 3 kedai.
(1 unt simpan barang)
Alhamdulillah.

Tokey dia pun tak sombong.
Selalu tolong kami bila nak keluaq parking.
Bagi yang mai sini nak rasa koteow ni,
jangan la cepat melatah.
Relaks2 dah...

Mai makan koteow kerang dia.
Ada teloq goyang lagi.
Yang tu yang famous.
Ada kata sikit sangat..
Order la duaaaaa~!!
Haha~ Baru puaih makan. =D

Selain koteow kerang, ada jugak
char Koteow, western, nasi ayam,
dan nasi lemak bungkuih.
Roti Arab pun ada,
Nasi ayam dia pun sedap.
Tengahari dah ada nasi ayam & roti arab ni.

Koteow ja yang start bukak pukui 6.
Sapa tulih blog kedai makan sedap,
Koeyteow Iman mesti dalam list.
Mai la try na.

Kedai dia terletak dekat 
Lebuhraya Sultanah Bahiyah.
Jalan nk pi ke Jalan Suka Menanti tu.

Berdepan dengan Tat Nasi Ayam.

P/S: Sekarang dah ada breakfast
& nasi campur... Bleh la mai try!

3. NASI LEMAK ROYALE, ANAK BUKIT



Nasi Lemak Royale ni terletak dekat 
dengan Istana Anak Bukit.
Terletak berdekatan trafik light.
Sebelum Istana.

Kat sini line dia memang panjang.
Tengok gambaq dah la.
Orang memang ramai.

Ramai anak Kedah yang balik
sini memang akan mai cari
Nasi Royale ni.
Bagi aku personally,
aku rasa biasa2 ja nasi dia.
 Aku prefer Yasmeen lagi.
Tapi, lidah lain-lain kan.

Sapa nak rasa boleh la mai sini.
Tapi mai awai sikit sebab
orang memang beratoq panjang.

4. NASI AYAM TAT,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah




Kawasan Tat Nasi Ayam ni
memang happening malam-malam.
Ada nasi ayam Tat,
Satay Setia, Don Burger,
ada jugak western food & Takoyaki...

Ha sapa yang selera makan
tak berapa nak sekata tu.
Boleh la mai makan sini.
Pilih la nak yang mana.

Nasi ayam Tat ni bagi aku sedap jugak
dan ayam dia pun sedap.
Sebab dia goreng skit ayam tu
bagi crunchy.
Merata ada kan Nasi Ayam Tat ni
bukan LoqStaq ja.

Don burger pun sedap.
Dia punya burger tu ada rasa arang2 dia
skit sebab dia burger bakaq kan.
Dan kat Don ni ada jugak juai western food.

Jadi sila la singgah sini.
Untuk pilihan makanan yang berbagai jenis.
Terletak berdepan dengan Koteow Iman.

Oh ya, Satay Setia dekat situ
ada buat delivery.
Sapa yang mai ramai2 tu,
malam nak makan satay ja bleh la 
call depa di talian 013-7343333.
30 min delivery, 11am to 11pm.

5. ABANG NASI TOMATO,
Jalan Putra, Depan CIMB & Maybank
Berdepan dengan Sek Men Tunku Abd Rahman


Abang Nasi Tomato ni memang
feveret aku dari kecik.
Terletak dekat dengan rumah aku.
Dekat area Jalan Putra.
Berdepan betui dengan 
Maybank & CIMB kat situ.

Menu dia nasi tomato la.
Pastu ada lauk macam ayam goreng,
ayam sambal, paru, kambing, daging
and kuah dal atau kuah campoq.

Sini malam-malam pun
 orang beratoq panjang.
Kadang-kadang ayam goreng cepat habeh.
Ni antara faveret place famili aku.
Tekak kami sedap la.
Orang lain tak tau la pulak kan..

Tapi kalo teringin nasi tomato malam2.
Mai la try dekat sini..

6. NASI ABANG MAT CURUT
GULAI KEPALA IKAN,
Market Borong, Jalan Gangsa.


Terletak berdekatan dengan Market Borong.
Dekat kawasan tokong sayoq nu.
(Orang LoqStaq tau la ni)

Dia berdekatan dengan trafic light 
di Kampung Berjaya.
Bersebelah dengan kedai taya.
(macam pantun 2 kerat)

Ni adalah kedai nasi campoq kegemaran aku.
Ada nasi putih dan nasi tomato.
Ada macam-macam lauk di sini.

Malam-malam kat Loqstaq ni memang
susah nak cari nasi putih ni.
Kenai Abg Mat Curut ni depan
dia ada jugak kedai nasi putih.
Tapi a bit pricey.
So kalo kedai ni tutup bleh la pi
kedai depan dia.

7. RESTORAN ZEFEE,
Jalan Pegawai


Kat sini yang legend tu Mee Abu la.
Mee rebuih dia wuiiiiii~ Bes!
Ikut tekak kami-kami ni la kan.
Sapa orang Loq Staq yang tak kenai kan.
Ada banyak lagi pilihan makanan lain.
Bihun sup, sizzling, popia Jamal.
Sapa nak makan macam-macam tu
mai la try makan sini.
Macam-macam adaaaaa~

8. NDA Cafe BBQ Steamboat,
Jalan Langgar, 
Depan Hospital Sultanah Bahiyah



Tengok pada nama cafe pun 
dah tau kan, restoran ni ada
BBQ dan steamboat.
Aku and kawan-kawan suka makan
dekat SEOUL GARDEN,
tapi duit tak berapa nak ada kadang2 tu.
Satu hari tu kawan aku jumpa FB
facebook.com/CAFEBBQSTEAMBOAT

Disebabkan dekat ja, and a lot cheaper
tak salah aku RM20 untuk dewasa,
and pilihan makanan dia yang
panjang gila tu.
Kami pun decide nak try.
Memang terbaik, tomyam dia 
pedaih gila, memang puaih hati.

Sapa nak makan steamboat & BBQ 
aku cadangkan untuk try cafe ni.

9. SEOUL GARDEN,
Alor Star Mall





Aku rasa sapa pernah makan Seoul Garden 
mesti tau betapa bestnya tempat ni kan.
Cuma disebabkan price dia, tu ja yang menjadi
halangan untuk pi makan selalu.
Huhuhu tapi sapa cari Seoul Garden kat sini,
ada di ALor Star Mall, keluaq ja
plaza tol Alor Setar Selatan,
ada 2 trafic light, yang ke 2 tu amek kiri.
Jalan sikit, kona kiri lagi sekali.
Go straight, no kona kona.
Sampai la Alor Star Mall.

(as in www.seoulgarden.com.my)

10. RESTORAN PUJI,
bersebelahan dengan 
Sek Kebg. Asma (Asma Rendah),
berdepan dengan Masjid Al-Bukhari 




Restoran Puji ni adalah restoran
nasi Arab yang pertama unt aku.
1st time rasa teruih berkenan
pastu ada la 4,5 kali aku dok ulang pi.
Selera aku la kan.
Aku jugak suka Shwarma Ayam dia.
Best! Sapa nak try nasi Arab mai la sini.
Menu pun ada tu. Pi order ja. Hehe
Kalo dari Plaza Tol Utara tu,
kona kiri, jalan straight ja
sampai jumpa Sek Asma Rendah
bangunan banyak2 sebelah sekolah tu,
masuk cari kat dalam tu.

Ok tu ja untuk dinner yang
boleh aku rekemenkan.

MAKAN PETANG
kalo nak makan ada la a few tempat 
yang aku boleh cadangkan.

1. GARDEN STADIUM DARUL AMAN
Berdepan dengan Muzium Kedah

Dekat sini ada banyak kedai makan.
Bleh la fefeeling makan kat
sini sambil mengadap tasik buatan.

Ada macam-macam makanan
antaranya laksa, bihun sup,
satay, ais kacang, pasembur,
cucoq udang, sotong kangkung,
termasukla goreng-goreng.

Kami memang petang-petang
kalo teringin ais kacang mesti 
mai makan dekat sini.

Mai la try na.
Ni antara makanan yang 
kami pernah makan di sini.


Ais Kacang

Laksa

Cucoq Udang

Pemandangan dia.


2. Gunung Keriang

Masuk ja dalam kawasan
Gunung Keriang tu,
akan ada satu kedai berhampiran
tasik buatan manusia.
Dekat situ ada 1 kedai makan
tempat aku and adik-adik aku
suka lepak makan koteow.


Kat sini ada goreng-goreng,
sup-sup dan ais kacang jugak.
Bagi aku koteow goreng kat sini
memang sedap, tp macam aku
selalu cakap, selera orang 
berbeza-beza kan.

Tapi kalo nak rasa makan-makan
di kawasan gunung, mai la sini.
Kalo bernasib baik bleh nampak
beruk dok main lompat pokok
and itik dok berenang di tasik.

Ni antara yang aku pernah makan.

Mee Goreng Telur Mata

Bihun Sup Daging Campoq2

Koteow Goreng Sotong, Teloq Dadar

Ais Kacang

3. Tepi Pusat Kesihatan Mergong,
Sebelah dengan Ikan Bawal Goreng

Dekat ada macam-macam jugak
food choicenya.
Ada mee rebuih, laksa, sup-sup.


Aku paling suka laksa & bihun sup 
kedai ni. Sedap bagi selera aku.
Tapi ni gerai tepi jalan ja tau.
Satgi dok ingat restoran plak.
Hehe tapi selalu gerai camni 
yang juai makanan sedap-sedap.

OK tu ja kot antara kedai makan
yang aku and family suka pi.
Ada banyak lagi, bleh tengok 
kat blog lain.
Aku nak rekemen pun,
aku tak pernah makan lagi.
Huhuhu.

Harap hampa enjoy na kalo
pi try tu, and aku nak mintak maaf
kalo tak kena dengan selera hampa.
Ni antara favourite place family aku.
Memang selera kami belaka la.
Hahahaha ok lah~
Enjoy! & Assalamualaikum!

Bersukan dan faedahnya

                                            FAEDAH BERSUKAN                                                                         ...