Ahad, 9 Julai 2017

gunung baling

Gunung yang terletak di bandar Baling ini dikategorikan gunung hujung minggu. Ketinggiannya yang kurang 1000 meter dari aras laut sesuai untuk aktivity memanaskan badan tambahan pula ia didaki secara "daypack". Namun keindahan gunung ini bisa mengundang pendaki luar untuk mendakinya. Jika ke sini pada musin hujan, pendaki akan didera di jalur yang licin tanpa belas ehsan alam. Saya juga ke sini pada musim hujan. Memandangkan cuaca yang tidak menentu, saya dan beberapa orang teman yang pertama kali mendaki gunung, ke sini untuk beriadah. Pendakian yang dirancang seawal pagi ini ditunda kerana hujan pada tengah malam. Kami berkumpul di Masjid Baling untuk subuh. Kemudian kami sarapan di warung kopi sebelah masjid. Selesai sarapan kami meneruskan pemanduan sekitar satu kilometer ke kaki Gunung Baling. 



  Kami mula mendaki pada pukul 9:00 pagi. Di awal pendakian kami melalui trek sederhana menegak tetapi sangat licin kerana hujan  pada malam tadi.

 Setelah sampai di trek berbatu dan hutan buluh, perjalanan ke puncak agak mudah namun di sesetengah trek memerlukan lebih tenaga untuk memanjat batu. Di kawasan ini juga terdapat batu kristal.



  Setelah mendaki sekitar 2 jam setengah, kami sampai di puncak Gunung Baling. Pemandangan di puncak sesekali berkabus. Apabila kabus menghilang kami nampak dengan jelas saudara Gunung Baling di sebelahnya, iaitu Gunung Pulai yang lebih tinggi.




 Setelah berehat dan merakam gambar kenangan kurang lebih 2 jam, kami turun melalui jalur yang sama kami mendaki tadi. Kami mula turun sekitar jam 1:30 pagi dan sampai di bawah pada pukul 3:00 petang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bersukan dan faedahnya

                                            FAEDAH BERSUKAN                                                                         ...